KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Gadis yang kisahnya tular kerana ditinggalkan ibu tanpa kerakyatan ketika masih bayi, bakal mencapai cita-citanya untuk melanjutkan pengajian tinggi selepas menerima tawaran mengikuti pengajian Diploma Sains Komputer daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini.